THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday 29 March 2009

Modul Cantuman Persaudaraan

Pengenalan

Modul cantuman persaudaraan ini merupakan model yang dicipta

berdasarkan daripada permainan puzzle. Dalam modul ini setiap ahli

dalam kumpulan hendaklah berkerjasama dalam menyiapkan modul

ini. Semangat kerjasama dan tolong- menolong amat dititik beratkan

dalam modul ini kerana tanpa kerjsama seluruh ahli kumpulan kerja ini

sukar dijalankan dan lambat untuk disiapkan. Diakhir modul ini dapat

dilihat bahawa apabila kita ingin menyelesaikan sesuatu masalah,

kerjasama secara berkumpulan yang dilakukan akan menjadi lebih

mudah dan masa dapat digunakan dengan sebaik-baiknya tanpa

pembaziran waktu. Kemenangan tidak berapa penting yang penting

adalah kerjasama.




OBJEKTIF

o merapatkan ukhwah

o membimbing semangat bekerjasama antara ahli kumpulan

o mendidik erti kesabaran

o Melihat sejauh mana ahli dalam kumpulan memahami nilai sebuah tolong –menolong

Masa diambil; 20 minit

Material/Alatan yang digunakan:

o Kertas A4

o alat tulis

o sampul surat

Langkah-langkah:

o Sekeping kertas A4 di tulis kata-kata hikmah

o kemudian kertas itu digunting dan di ceraikan

o Selepas itu kepingan tadi dimasukkan dalam sampul surat yang disediakan oleh setiap kumpulan

o Kemudian sampul surat yang berisi kata hikmah yangdiceraikan akan dicantumkan semula.

o Masa yang diambil untuk disiapkan tidak lama bergantung kepada sikap kerjasama antara ahli dalam kumpulan.

o Kumpulan yang berjaya menyiapkan kerja dengan cepat dikira pemenang.



Kesimpulan

Apabila kita menyelesaikan sesuatu masalah secara berkumpulan kerja

yang dilakukan menjadi lebih mudah dan masa dapat digunakan

dengan sebaik-baiknya. Kerjasama,perpaduan dan tolong-menolong

merupakan elemen yang amat diperlukan dalam semangat

berkumpulan. Bak kata pepatah melayu ada menyebut berat sama

dipikul ringan sama dijinjing.

Tuesday 10 February 2009


7 Binaan Kuno Purba

7 benda ajaib didunia,sering kita sebut-sebut sebagai hadiah terbaik tamadun lalu kepada manusia dimasa kini.Namun apa dia sebenarnya ketujuh-tujuh benda ajaib tersebut.

Sebahagian daripada kita langsung tidak mengetahui apakah sebenarnya atau lokasi benda-benda ajaib tersebut.mengikut sejarah yang telah ditulis,dimulakan
susunannya oleh seorang penulis bernama Antipater dari Sidon,pengaruh pertama dari empayar Greek kuno pada tahun 100's B.C.Sejarah ditulis,diubah, serta direka.Namun Bukti tetap ada pada kesan runtuhannya sebagai peringatan kepada umat yang akan datang.so check it out!





Piramid Giza:keajaiban dari bangsa mesir kuno.

Dibina sebagai simbol/makam kepada para firaun,pemerintah mesir ketika
itu.Ianya disifatkan binaan yang tertua yang masih terpelihara sehingga kini.3 buah piramid yang paling terkenal telah dibina sekitar 2600 dan 2500 B.C.Yang terbesar,dipanggil "The Great Pyramid,berdiri teguh pada ketinggian 135 meter dan mencakupi ruang sehingga 15 hektar.Rome dan Greek amat cemburu terhadap kehalusan senibina kaum mesir ini.




Taman Tergantung Babylon:hancur ditelan zaman



Didakwa oleh sesetengah pihak,ianya dibuna oleh pemerintahan ketika itu untuk salah seorang isteri baginda.Nebuchadnezzar,pemerintah agong babylon(berkuasa 605 hingga 562 B.C) yang mengarahkan pembinaan Taman tersebut.Babylon dikatakan terletak berdekatan bandar moden baghdad di Iraq.Namun sehingga kini kedudkan asal Taman tersebut masih lagi menjadi tanda-tanya.Mengikut catatan seorang sejarahwan,Berossus(hidup tahun 200's B.C),Babylon berdiri dengan bangganya antara 120 meter persegi serta 23 meter dari atas tanah.Teknologi pengaliran air yang moden ketika itu mebolehkan Taman-taman didalamnya mekar dengan keharuman bunga.



Kuil Artemis:Sembahan bangsa Ephesus kepada tuhan Greek

Dibina pada sekitar 550 B.C,ianya adalah salah satu daripada kuil yang terbesar serta yang rumit pembuatannya pernah dibina ketika itu.Berdiri teguh di Ephesus,kota Greek yang terletak di Asia
minor Turki.Dibina sepenuhnya dari marmar berkualiti(kecuali pada bumbungnya dari ukiran kayu berkualiti).Persembahan binaan kuil ini adalah diuntukkan pada salah satu tuhan mereka,Dewi Artemis direka oleh arkitek pada masa itu,Chersiphron dan anaknya,Metagenes.Keteguhan binaanya disokong pada asas berukuran 115 x 55 meter.106 ruangan,pada ketinggian 12 meter yang sebahagiannya didermakan oleh pemerintah Lydia,King Croesus.Sayangnya,yang berdiri pasti jatuh juga.Kuil ini telah terbakar pada 356 b.C namun dibina semula sebelum dibakar semula oleh penjarah-penjarah kaum GOTH pada 262 A.D.Kini hanya kesan runtuhan sahaja yang dapat dilihat untuk tontonan tamadun kini.Bandar Ephesus juga terkenal dengan kisah 7 Orang pemuda yang tidur ribuan tahun disebuah gua.Kisah pemuda-pemuda ini juga diterangkan dalam surah al-kahfi..


Patung Zeus:Monumen senibina bangsa Greek kuno pada dewa.

Terletak di Olympia,Greek mungkin tergolong antara salah satu monumen
terkenal dizaman kuno.Pengukir Greek, Phidias mengukir monumen ini pada 435 B.C.Khas Untuk Zeus bermakna mestilah dari bahan-bahan yang berkualiti.Permata digunakan untuk bahagian badannya,pakaian dan jubah daripada Emas,apa yang harus dikatakan lagi.Namun,monumen ini telah pun hilang ditelan zaman.






Makam Halicarnassus:kota pemerintah bangsa Parsi

Terletak di Turki,ianya adalah binaan menakjubkan dibina pada 353 B.C. bertatahkan marmar putih.Ketinggian binaan ini,40 meter dengan ruang segiempat sama dibawah tanah yang membentuk 36 ruang.emm terlalu banyak yang patut diceritakan tapi yang pentingnya ukiran berbentuk patung tidak pernah dilupakan dalam setiap monumen kuno.Patung pemerintah masa itu,Mausolus berdiri tegak diatas binaan bumbung yang berbentuk piramid diatasnya.Pembinanya?kaum Greek,dengan arkitek-arkitek mereka,Satyros dan pythios dibahagian makam,manakala pengukir seperti Bryaxis, Leochares, Scopas, dan Timotheus,ditugaskan dibahagian ukiran patung/dinding bangunan.Seperti biasa,tiada apa yang mampu berdiri dengan bangga.Makam ini musnah akibat gempa bumi yang melanda hingga tinggal runtuhan sahaja.Kini sebahagian daripada tinggalan itu boleh dilihat di British Museum,London.



The Colossus Of Rhodes-monumen besar kepulauan Rhodes


Diperbuat dari pada gangsa,ianya merupakan suatu hadiah buat dewa mereka,Dewa Matahari Helios.Terletak di Rhodes,gugusan pulau-pulau di laut Aegean.Be
rdiri tegak,bangga dengan ketinggian 37 meter-setinggi Statue Of Liberty.Pengukir Greek,Chares mengambil masa 12 tahun untuk menyiapkannya bermula dari 200's B.C.Tahun 224 B.C ianya musnah akibat daripada gempa bumi.653 A.D?ya tahun dimana kesan-kesan runtuhan dijual sebagai barangan terbuang(scrap)..sungguh memalukan.






Rumah Api
Alexandria-Kenangan buat Alexander Yang Hebat

122 meter,berdiri teguh ditepi pulau Pharos berdekatan pelabuhan alexandria,Mesir.Juga dikenali sebagai Pharos of Alexandria.Pembinaan dimulakan pada z
aman Ptolemy II (283-246 B.C) berdasarkan nukilan arkitek Sostratos.Terdapat 3 seksyen utama menyokong binaan ini:bahagian bawah,segiempat.bahagian tengah,8 penjuru.serta bahagian atas berbentuk bulatan.Nyalaan api diletakkan pada bahagian atas untuk membantuk para pelayar.Monumen ini sempat berdiri teguh selama 1,500 tahun sebelum menghempas kebumi pada 1300's A.D akibat dari gempa bumi.Rumah api sendiri memberi makna Pharos(firaun) dari segi bahasa.