Pengenalan
Modul cantuman persaudaraan ini merupakan model yang dicipta
berdasarkan daripada permainan puzzle. Dalam modul ini setiap ahli
dalam kumpulan hendaklah berkerjasama dalam menyiapkan modul
ini. Semangat kerjasama dan tolong- menolong amat dititik beratkan
dalam modul ini kerana tanpa kerjsama seluruh ahli kumpulan kerja ini
sukar dijalankan dan lambat untuk disiapkan. Diakhir modul ini dapat
dilihat bahawa apabila kita ingin menyelesaikan sesuatu masalah,
kerjasama secara berkumpulan yang dilakukan akan menjadi lebih
mudah dan masa dapat digunakan dengan sebaik-baiknya tanpa
pembaziran waktu. Kemenangan tidak berapa penting yang penting
adalah kerjasama.
OBJEKTIF
o merapatkan ukhwah
o membimbing semangat bekerjasama antara ahli kumpulan
o mendidik erti kesabaran
o Melihat sejauh mana ahli dalam kumpulan memahami nilai sebuah tolong –menolong
Masa diambil; 20 minit
Material/Alatan yang digunakan:
o Kertas A4
o alat tulis
o sampul surat
Langkah-langkah:
o Sekeping kertas A4 di tulis kata-kata hikmah
o kemudian kertas itu digunting dan di ceraikan
o Selepas itu kepingan tadi dimasukkan dalam sampul surat yang disediakan oleh setiap kumpulan
o Kemudian sampul surat yang berisi kata hikmah yangdiceraikan akan dicantumkan semula.
o Masa yang diambil untuk disiapkan tidak lama bergantung kepada sikap kerjasama antara ahli dalam kumpulan.
o Kumpulan yang berjaya menyiapkan kerja dengan cepat dikira pemenang.
Kesimpulan
Apabila kita menyelesaikan sesuatu masalah secara berkumpulan kerja
yang dilakukan menjadi lebih mudah dan masa dapat digunakan
dengan sebaik-baiknya. Kerjasama,perpaduan dan tolong-menolong
merupakan elemen yang amat diperlukan dalam semangat
berkumpulan. Bak kata pepatah melayu ada menyebut berat sama
dipikul ringan sama dijinjing.